Di Manakah Kita dan Di manakah al-Quran?

10 Februari 2010

   Kitab al Quran al Kareem merupakan kitab yang teragung dan paling mulia. Ia telah menjadikan umat arab jahiliyah yang hidup dalam kesesatan dan terumbang-ambing bertukar menjadi ummat yang terbaik serta memerintah hampir dua pertiga dunia. Malangnya walaupun ummat Islam sekarang juga memiliki kitab al Quran yang sama, tetapi ummat Islam merupakan ummat yang paling mundur dari segenap segi. Kita semua mengakui hakikat bahawa kitab al Quran mampu mengubah hidup manusia, akan tetapi realiti yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Baca baki entri ini »


Selamat Tahun Baru 1431

26 Disember 2009

Mumia Firaun

21 November 2009

 

“Maka pada hari ini kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami”.

 Salah satu daripada mukjizat balaghah di dalam Al quran, adalah kebiasaannya perbezaan pendapat di kalangan mufassirun (ulama’ tafsir) tentang makna sesuatu perkataan di dalam al Quran merupakan suatu perbezaan yang membawa maksud yang pelbagai, bukannya perbezaan yang berlawanan maksudnya di antara satu sama lain (خلاف تنوع لا خلاف تضاد). Baca baki entri ini »


Air Asas Kehidupan

21 November 2009

  

Semua benda hidup iaitu manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan terdiri daripada sel, samada unisel seperti ameba ataupun multisel seperti manusia. Sel pula terdiri daripada nukleus, sitoplasma dan membran/dinding sel. 75% kandungan sel (sitoplasma) adalah terdiri daripada air. Oleh yang demikian, para saintis membuat kesimpulan, bagi sesuatu benda hidup itu hidup maka ia memerlukan air.

Baca baki entri ini »


Manusia Bukan Diciptakan Untuk Hidup Di Dunia?

8 Oktober 2009

 Jika kita perhatikan janin yang mempunyai tangan dan kaki di dalam rahim ibunya. Pasti kita akan mengatakan bahawa janin tersebut bukanlah diciptakan untuk hidup di dalam rahim ibunya. Apakah yang dapat dilakukan di dalam tempat yang amat sempit tersebut. Apakah tujuan di ciptakan tangan dan kaki di dalam rahim ibu. Oleh itu, semua orang pasti mengatakan bahawa janin memang bukan diciptakan untuk hidup di dalam rahim ibu.

Baca baki entri ini »


Benarkah Haman Seorang Menteri Kerajaan Firaun?

8 Oktober 2009

 Nama Haman disebutkan sebanyak enam kali di dalam al Quran al Kareem. Namanya juga dikaitkan dengan Firaun sebagai seorang yang berjawatan penting. Dia telah diarahkan oleh Firaun untuk membina sebuah bangunan yang tinggi bagi membolehkan beliau berjumpa dengan ‘Tuhan Musa’ kononnya. Baca baki entri ini »


Feqh Keutamaan

7 Oktober 2009

Maqasid syariah islamiyah (tujuan, kehendak dan maksud syara’) adalah untuk memastikan kemaslahatan manusia serta mencegah kemudaratan dari mereka di dunia dan di akhirat agar mereka mendapat kebahagiaan yang hakiki duniawi dan ukhrawi. Imam ibn al Qayyim di dalam kitab beliau I’lam al Muwaqi’in berkata; ‘syariah keseluruhannya adalah adil, dan keseluruhannya adalah rahmat, dan keseluruhannya adalah kemaslahatan, dan keseluruhannya adalah hikmah’. Baca baki entri ini »